January 3, 2012

2012

2011 akhirnya berlalu...semoga segala kehilangan, kesedihan, kemurungan, kegundahan & ketensenan dibawa pergi bersama...

2012, tahun yang kuharapkan membawa sinar bahagia dan kejayaan...bahagia walaupon 'single', bahagia walaupon 'fail' berlambak2...bahagia dengan kerjaya 'peguam' walaupon ramai kwn2 ku dh beralih ke bidang pendakwaan & pengajaran. Harap2 2012 tiada lagi kesedihan dan kehilangan...Kerana aku x kuat lagi untuk menghadapi saat2 itu...

Ok, tahun 2012 ni byk rsenye yang dikecapi dan buat. So inilah antara list2nye ialah:
1. mahu lebih menyayangi diri sendiri;
2. mahu menjadi anak, adik & mak sedara yg baik [bile aku dh kehilangan die, baru aku tahu aku selalu x selalu mngalah pd die, selalu keras kepala, x dngr ckp dll]
3. mahu naik pangkat dr LA kpd Partner;
4. mahu takluki Broga Hill [walaupon ketinggiannye xla setinggi Kinabalu, tp ini je yg paling dekat dgn Shah Alam, may be takluki Kinabalu Mountain perlu dimasukkn ke dlm list 2013]
5. mahu ber'ice skating' [dh lame impi nk pusing2 kt dlm tu]
6. mahu amalkn gaya hidup yg sihat - 1000 langkah seminggu [ok la kan drpd aku terbungkam atas tilam hujung minggu]
7. mahu beli iphone 4s...!
8. mahu pergi Umrah, insya Allah

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."