August 25, 2013

BERFIKIR SECARA POSITIF



Berfikiran Positif
Fikir positif!”...ayat ini sangat senang diungkapkan namun ianya adalah suatu perkara yang mencabar untuk dilaksanakan terutama sekali ketika sedang dilanda musibah atau tekanan yang pelbagai.  Kita perlu mendapat kefahaman dan gambaran yang jelas tentang apakah yang dikatakan berfikiran positif bagi membolehkan kita mengamalkannya.  

 Apa itu berfikiran positif?
Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang lebih meluas dan bukannya hanya tertumpu pada pemikiran semata-mata. Ia merangkumi keseluruhan cara kita mengendalikan kehidupan kerana berfikiran positif bermaksud memberikan fokus kepada perkara-perkara positif yang berlaku berbanding perkara-perkara  negatif,  sentiasa berfikir yang baik-baik tentang diri sendiri dan bukanlah mengkritik diri sendiri, sentiasa berfikir yang baik-baik tentang orang sekeliling dan berurusan dengan mereka dengan cara yang positif serta sentiasa mengharapkan perkara yang baik-baik akan berlaku di sekeliling kita dan percaya bahawa ianya memang akan menjadi kenyataan. 

Apabila melihat kepada definisi berfikiran positif secara meluas ini menyebabkan kita terfikir “wujudkah manusia sebegini?”, “Impossiblela nak positif sepanjang masa” kerana sebagai manusia, kadangkala kita mengalami pelbagai ujian dan cabaran yang mengganggu pemikiran sehingga menyebabkan kita berfikir dan bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya. Namun begitu, dengan latihan berterusan, suatu masa nanti, kita pasti akan menjadi seorang yang mampu berfikir dan bertindak secara positif walau apa pun yang berlaku pada kita.
Kenapa perlu berfikiran positif?
Cara kita menerima sesuatu perkara atau pengalaman yang berlaku dalam kehidupan adalah bergantung kepada apa yang kita fikirkan tentang perkara tersebut. Jika kita menghadapi sesuatu isu dengan pesimis, mengkritik dan penuh dengan rasa curiga, maka kita akan melalui pengalaman kehidupan yang negatif. Namun begitu, jika kita mendepani kehidupan ini dengan optimis, seronok dan yakin, kita akan membentuk suatu kehidupan yang lebih positif yang memberikan kita tenaga untuk terus bertindak dengan cara yang betul. 

Sebagai contoh,peristiwa pekerja yang dimarahi oleh ketua kerana tidak menyiapkan tugas dengan sempurna, bagi pekerja yang memandang perkara ini sebagai suatu kritikan, ketua sengaja mencari kesalahan dan ketua tidak adil akan merasa tertekan dan rasa tidak puas hati. Ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada emosi dan tindakan pekerja tersebut. Beliau mungkin akan memberontak, tidak melakukan kerja yang diarahkan atau terus tidak hadir bertugas. 

Namun, bagi pekerja yang mengambil teguran itu sebagai suatu motivasi untuk meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tugas, pekerja tersebut akan berusaha lebih gigih dan membuktikan bahawa beliau boleh menjadi pekerja yang baik dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Dari contoh ini menunjukkan bahawa cara kita menilai dan membuat pertimbangan terhadap suatu isu mempengaruhi kesan yang berlaku kepada diri dan persekitaran kita. Jika kita ingin kesan yang positif, kita perlulah membuat pertimbangan secara positif. 

Jika kita gagal membuat pertimbangan yang positif, maka kitalah yang akan menanggung akibatnya.
Tips Positif!!
1. Sedar Tentang Perasaan Sendiri
Cara yang paling mudah untuk mengenalpasti samada kita positif atau negatif adalah dengan mengenalpasti perasaan kita. Sebenarnya, semakin kita sedar tentang perasaan yang kita sedang alami, semakin mudah untuk kita mengubah perasaan dari negatif kepada positif. 
2. Ubah perkataan yang digunakan.
Apa yang kita sebut, menghantar isyarat yang berbeza pada minda seterusnya memberikan kesan kepada cara kita menghadapi perkara tersebut. Sentiasa gunakan perkataan-perkataan yang positif semasa berfikir dan bercakap. Gunakan perkataan seperti “aku boleh”, “aku mampu”, “ianya pasti berlaku” dan tukarkan perkataan seperti “masalah”  kepada “cabaran” bagi memberi kesan yang lebih positif pada diri.
3. Sekat pemikiran negatif
Latih diri untuk mengabaikan pemikiran negatif. Apabila pemikiran negatif timbul, gantikan dengan memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan. Cuba untuk melihat sesuatu perkara dari dimensi yang berbeza. 
4. Berangan
Sebelum memulakan sesuatu perancangan, bayangkan di dalam minda tentang kejayaan yang bakal diperolehi. Jika anda membayangkan perkara tersebut dengan penuh konsentrasi dan kepercayaan, anda akan kagum dengan hasilnya. 
5. Membaca
Luangkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat buku-buku yang boleh memberikan kita motivasi. Ilmu boleh membuka minda kita dan menjadikan kita lebih positif 
6. Aktiviti fizikal
Libatkan diri dengan apa jua aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang atau apa sahaja aktibiti sukan. Ia akan membuatkan kita lebih cergas dan membina sikap positif dalam diri. Semasa aktiviti fizikal juga, toksin dikeluarkan dari anggota badan dan ianya boleh mengurangkan stres yang kita alami. 
7. Bergaul dengan orang positif
Persekitaran kita mempengaruhi hidup kita. Jika kita di kelilingi orang-orang yang negatif, maka kita berkecenderungan untuk menjadi negatif. Apabila kita dilanda musibah, carilah orang yang boleh memberi pandangan yang baik dan menjadikan kita lebih fokus ke arah penyelesaian masalah dan bukanlah orang yang menggalakkan kita untuk meratap dan menjadikan kita semakin negatif. 

 8. Nobody is perfect!!
Tiada siapa yang sempurna dan tidak pernah membuat kesilapan. Jadi usahlah kita terlalu asyik memikirkan tentang kesilapan yang telah dilakukan. Apa yang penting, kita belajar sesuatu dari kesilapan itu dan berusaha ke arah yang lebih baik agar kesilapan yang sama tidak berulang.
9. Bersyukur
Saat sedang dilanda musibah, bersyukur adalah sesuatu yang amat susah untuk kita lakukan. Tapi tanpa kita sedari, dengan adanya rasa bersyukur itu menyebabkan kita lebih fokus kepada apa yang kita ada berbanding meratapi perkara-perkara yang tidak ditakdirkan untuk kita. Jadi bersyukurlah, kerana tidak semua orang ada apa yang kita ada. 
10. Senyum
Senyumlah dan isi dunia akan senyum pada kita. Senyum membebaskan hormon endorphin dan serotonin dan menyebabkan kita merasa lebih tenang dan gembira. Senyum adalah produk anti-penuaan termurah dan termudah, cubalah!!


June 4, 2013

Rojak Betik -Jom cube buat!





Rojak Betik (Makanan tradisi Terengganu)
 















Bahan-bahan:
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun


Bahan untuk Kuah:-
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air


Cara Membuat:-

1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air.

2. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
3. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.


Utk membuat kuah:
1. Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.

2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.


Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Makanan Tradisi Terengganu Yang Yummmmy!!

Terengganu Darul Iman negeri tercinta, walaupun sekarang bermastautin di Selangor namun keinginan untuk kembali ke negeri asal tidak akan padam...Apa yang tidak dapat ditinggalkan adalah makanan tradisi yang tidak boleh didapati di mana-mana negeri lain di Malaysia. So, entry kali ni adalah makanan tradisi Terengganu yang menjadi kegemaran aku...


 
Laksam..kat pasar malam kt sini ade yang menjual, tp air tangan org Kelantan. So, xkan sama dengan air tangan org Terengganu sendiri..


Roti Paung..yang ini memag susah nak jumpe kt Shah Alam ni..

Nasi Pulut + ikan rebus...ini pun susah nak jmpe kt mane2 kedai di Shah Alam.


Nasi Kerabu...+ dgn telur masin + salok lada pun dah cukup osem bile makan..xperlu ikan percik ke, ayam percik ke....

Nasi minyak + ayam gulai @ ayam masak merah + acar mentah utk breakfast...memang terbaek la!

Telur Penyu - ini xpenah makan..jadi xtahu ape rasenye...;)

Kuih sagu - aku panggil kuih buih katak...lantak la name ape yang dipanggil, asalkan rasenye sedap jgn manis sngt, nanti blh dpt kencing manis...;)

Nekbat - hanye bulan pose/Ramadhan akan dijumpai....just masak dgn air gula + letak daun pandan utk wangi...

Udang celup tepung...

Budu - makan dengan nasi panas2, makan lak ramai2 dengan keluarga memag terangkat la...!

Ketupat Sotong..skrg musim candat sotong, senang la nak buat ketupat ni...

Nasi dagang - makanan kebanggaan Terengganu.

Ikan celup tepung...best makan panas-panas + kuah (kuah kepok)..


Laksa Terengganu..besenya ade kuah putih dan kuah merah..dua2 sedap bagi aku..

Dodol -  aku lagi suke dodol dlm daun ni sbb wangi dan rasenye xdela manis sangat...

Rojak Kateh - xtahu org lain panggil ape, tp aku memang panggil rojak kateh...


Otak-otak

Pulut lepa...kat sini ade, tapi inti udang, xbest langsung...kuakuakua...

Nasi kuning + gulai ikan aye utk breakfast, memang yummy jugak...


Keropok Lekor - satu lagi makanan kebanggaan Terengganu..xlengkap kalau datang Trg kalau xcube dan tapau byk2...

Kata Penguat Jiwa...;)








June 3, 2013

Kata-Kata Cinta






-syukshukri-
Apabila verangannss x abes2 utk g travel........kite serbeys kot/blazer yg cantik2 dulu..baru blh amek gamba2 yg cun melecun...kih..kih...










Aku paling suke yang no. 3 & no. 5...boleh gune utk g travel dn pergi keje...sesuai utk semua...

June 2, 2013






Ayat motivasi untuk menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin - “Monday Blues” yang lemau dan malas nak buat apa-apa. Hopefully beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi ini mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja
 
Ayat Motivasi dan Mutiara Kata:-

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 
  15. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  16. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  17. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  18. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  19. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  20. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali Imran : 159