January 1, 2011

Mutiara Kata



  • Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah
  • Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu
  • Kasihanilah musuh anda kerana dia telah menyebutkan kesalahan anda
  • Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri
  • Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan
  • Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah
  • Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan
  • Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya
  • Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata
  • Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya
  • Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya
  • Dinilai daripada adab, dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia jalang
  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
  • Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran
  • Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu
  • Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali
  • Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan
  • Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan
  • Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya
  • Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup
  • Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat
  • Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul
  • Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
  • Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita
  • Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa
  • Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
  • "Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."--An Nisa:1
  • "Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim
  • Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
    Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
    Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
    Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
    Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
  • Hiduplah Sesuka hatimu,
    Sesungguhnya kamu pasti mati.
    Cintai siapa saja yang kamu senangi,
    Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
    Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
    Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
  • Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. --(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)
  • Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka
    tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.
  • Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
    Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya.
  • Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
    Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
    Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
    Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.
  • Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
    Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
    Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
    Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
  • Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga.



No comments:

Post a Comment