Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:
“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.
“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri".
“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.
"Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci".
“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.
“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.
“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
"Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh, maka akan matilah akal fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan akan dapat tercapai dengan kelazatan bermunajat (mengadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)."
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil, engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila engkau dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmati hasilnya."
"Wahai anakku! Aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susan dan payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika ornag membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan itu akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan engkau merasa senang dengan kehidupan akhirat."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka:-
- apabila engkau mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah, jagalah baik-baik fikiranmu.
- apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga pandanganmu (matamu).
- apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu.
- apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
- ingatlah pada Allah.
- ingatlah pada mati.
- lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
- lupakanlah kesalahan orang kepadamu.
"Wahai anakku.. jangan cemarkan wajahmu dengan meminta-minta, jangan lampiaskan marahmu dengan keburukan yang mencoreng nama baikmu, dan ketahuilah bataskemampuanmu, nescaya hidupmu bermanfaat".
"Wahai anakku.. Sesungguhnya laut ini dalam, banyak sudah manusia yang tenggelam, maka jadikanlah TAQWA sebagai bahteramu, IMAN sebagai kemudinya, dan TAWAKAL sebagai layarnya.. Semoga kamu selamat".
"Wahai anakku.. orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada ALLAH, maka dia itu orang yang tawaduk.. lebih dekat kepadaALLAH dan selalu berusaha menghindari maksiat".
"Wahai anakku.. seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesalahan yang kamu lakukan, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan pupuk untuk tanaman yang menyuburkan dan membawa kebaikan".
"Wahai anakku ketahuilah.. memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu menerima pelajaran".
"Wahai anakku.. janganlah kamu telan saja kerana manisnya suatu makanan dan jangan kamu muntahkan kerana rasa pahit.. kerana manis belum tentu menjadikan sihat dan pahit belum tentu mendatangkan kesengsaraan".
"Wahai anakku.. bukan suatu kebaikan namanya bila kamu selalu mencari ilmu tapi kamu tidak pernah mengamalkanya.. kerana ia sama seperti orang yang mencari kayu bakar, yang setelah banyak dia tak mampu memikulnya.. padahal dia masih mahu menambahnya".
"Wahai anakku.. bila kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah lebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Dan bila pada saat dia marah itu, dia masih berusaha menginsafkanmu.. maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan.. jika tidak demikian, maka berhati-hatilahlah".
"Wahai anakku.. bila kamu berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu".
"Wahai anakku.. bergaullah dengan orang yang alim dan berilmu.. perhatikan kata-kata nasihatnya, kerana sesungguhnya hati akan menjadi sejuk mendengar nasihatnya dan hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan".
"Wahai anakku.. ambillah harta dunia seperlunya sahaja.. dan nafkahkan selebihnya untuk bekalan akhiratmu.. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah semuanya, kerana engkau nanti akan menjadi pengemis yang membebani orang lain. Sebaliknya.. janganlah engkau peluk dunia ini dan meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu hanyalah tanah belaka".
"Wahai anakku.. aku mewasiatkan kepadamu tentang lapan perkara.. Jagalah hatimu dalam solat, jagalah pandanganmu ketika berada di rumah orang, lidahmu dalam majlis, jagalah perutmu dari keserakahan. Juga ingat dua hal dan lupakan dua hal.. Ingatlah ALLAH dan kematian, serta lupakanlah kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan mereka kepadamu".
Insaf kejap...tapi suke bab jangan pergi kat orang kawin tu....
ReplyDelete=)
ReplyDelete