March 28, 2013

Trip to Padang/Bukittinggi 21.3.2013-23.3.2013

Pada 21.3.2013 - 23.3.2013 aku, amie & suami, izyan, nora & suria teruja nak memulakan trip ke Padang/Bukittinggi, Sumetra Barat...hoho...sngt teruja sbb ini 1st time g trip + naik flight...


memulakan perjalanan dengan Bismillah....
Dalam Flight dgn kwn sebelah-Izyan Rafidah


Minangkabau Airport, here we come....


Tmpt Pertama sampai: Lembah Anai-anai Waterfall

Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di Padang Panjang, yang membentang di samping jalan utama antara Kota Padang dengan Bukittinggi di Indonesia. Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak persis di pinggir jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan kereta api lama yang tidak lagi digunakan.
Nak mandi xleh, so bergambar jela kejenye...


Makan-makan nasi padang..
Makan-makan time...


Depan Rumah Pasa Pagaruyyung (Rumah Adat Minangkabau)

Rumah gadang (bahasa Minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat Minangkabau. Gaya seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang berkhidmat sebagai sebuah tempat tinggal, sebuah dewan untuk mesyuarat keluarga, dan untuk aktiviti-aktiviti upacara. Dengan masyarakat matrilineal Minangkabau, rumah gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ - kemilikan adalah dikirimkan dari ibu ke anak perempuan.









Depan Shopping Complex deyorg...

Jam Gadang

Jam Gadang (Minangkabau bagi "jam besar") ialah sebutan bagi menara jam besar yang dibina oleh penjajah Belanda pada 1926 di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.


Menuju Maninjau...rupa-rupanya tempat yang ditujui adalah di bawah bukit, terpakse melalui selekoh2 tajam...Peneman kami adalah minyak cap kapak + asam/jeruk...


Depan tasik Maninjau




Melalui Keluk 44 utk ke rumah Buya Hamka...kononnye Buya Hamka  bersyair si sepanjang keluk2 ini untuk pergi merantau ke Deli...


Yes, I was here!


Hamka, atau nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Baju biru itu penjaga Rumah Hamka (cucu beliau)

Di Ngarai Sianok- minum kopi & makan pisang salai..




Lubang Japang

Lobang Jepang (Terowong Jepun) - jaringan lubang bawah tanah yang digali orang Jepun ketika Perang Dunia II. Tapi Pak Supir bagitahu kami sebenarnye Lubang Japang ni dibina oleh org Indonesia (kerahan tenaga) dan org-org yg hampir mati dicampak melalui lubang ini menuju ke tasik (Ngarai Sianok). 


  




Depan Hotel kami - Hotel Nikita

Selamat Tinggal Padang/Bukitinggi..Ada umur kite ketemu lagi...

Andai dapat ku capai awan...adaptasi dari novel Laksamana Sunan..

Malaysia, ku telah kembali....


Percutian telah berakhir...Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali....

No comments:

Post a Comment