June 4, 2013
Rojak Betik -Jom cube buat!
Rojak Betik (Makanan tradisi Terengganu)
Bahan-bahan:
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun
Bahan untuk Kuah:-
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
Cara Membuat:-
1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air.
2. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
3. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
Utk membuat kuah:
1. Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..
Makanan Tradisi Terengganu Yang Yummmmy!!
Terengganu Darul Iman negeri tercinta, walaupun sekarang bermastautin di Selangor namun keinginan untuk kembali ke negeri asal tidak akan padam...Apa yang tidak dapat ditinggalkan adalah makanan tradisi yang tidak boleh didapati di mana-mana negeri lain di Malaysia. So, entry kali ni adalah makanan tradisi Terengganu yang menjadi kegemaran aku...
Laksam..kat pasar malam kt sini ade yang menjual, tp air tangan org Kelantan. So, xkan sama dengan air tangan org Terengganu sendiri.. |
Roti Paung..yang ini memag susah nak jumpe kt Shah Alam ni.. |
Nasi Pulut + ikan rebus...ini pun susah nak jmpe kt mane2 kedai di Shah Alam. |
Nasi Kerabu...+ dgn telur masin + salok lada pun dah cukup osem bile makan..xperlu ikan percik ke, ayam percik ke.... |
Nasi minyak + ayam gulai @ ayam masak merah + acar mentah utk breakfast...memang terbaek la! |
Telur Penyu - ini xpenah makan..jadi xtahu ape rasenye...;) |
Kuih sagu - aku panggil kuih buih katak...lantak la name ape yang dipanggil, asalkan rasenye sedap jgn manis sngt, nanti blh dpt kencing manis...;) |
Nekbat - hanye bulan pose/Ramadhan akan dijumpai....just masak dgn air gula + letak daun pandan utk wangi... |
Udang celup tepung... |
Budu - makan dengan nasi panas2, makan lak ramai2 dengan keluarga memag terangkat la...! |
Ketupat Sotong..skrg musim candat sotong, senang la nak buat ketupat ni... |
Nasi dagang - makanan kebanggaan Terengganu. |
Ikan celup tepung...best makan panas-panas + kuah (kuah kepok).. |
Laksa Terengganu..besenya ade kuah putih dan kuah merah..dua2 sedap bagi aku.. |
Dodol - aku lagi suke dodol dlm daun ni sbb wangi dan rasenye xdela manis sangat... |
Rojak Kateh - xtahu org lain panggil ape, tp aku memang panggil rojak kateh... |
Otak-otak |
Pulut lepa...kat sini ade, tapi inti udang, xbest langsung...kuakuakua... |
Nasi kuning + gulai ikan aye utk breakfast, memang yummy jugak... |
Keropok Lekor - satu lagi makanan kebanggaan Terengganu..xlengkap kalau datang Trg kalau xcube dan tapau byk2... |
June 3, 2013
Kata-Kata Cinta
June 2, 2013
Ayat motivasi untuk menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin - “Monday Blues” yang lemau dan malas nak buat apa-apa. Hopefully beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi ini mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja
Ayat Motivasi dan Mutiara Kata:-
- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
- Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
- Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
- Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
- Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
- Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
- Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
- Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
- Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
- Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
- Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
- Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
- Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
- Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
- Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
- Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali Imran : 159
Subscribe to:
Posts (Atom)