December 31, 2010

2011

Selamat menyambut tahun 2011....Dah ada azam utk tahun baru ni...? Aku harapkan tahun 2011 akan membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan utk diri aku, keluarga dan sahabat handai..Jangan harapkan kebahagiaan dan kegembiraan tu datang pd kita, tp kita yang harus berusaha untuk mencapainya.

Jangan takut menggapai bintang. Jangan takut untuk bermimpi kerana segalanya bermula dari mimpi. Jangan sangka diri sendiri tiada kekuatan. Jom baca cerita ini:-

Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.

Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!

Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.

Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.

Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, "siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara".

Lalu balas si ayam, "itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!"

Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan...sehingga akhir hayatnya.

p/s: Semua orang tidak tahu kekuatan diri sendiri jika tidak mencubanya...!

2 comments: