December 29, 2010

AFF Suzuki Cup


akhirnya Piala Suzuki Cup dapat dibawa pulang ke Malaysia...tahniah untuk anak2 muda dan bapanya Rajagopal yang merealisasikan semua ini...dan paling syok 31.12.2010 cuti sempena kemenangan ini...woohooooo, congrats korang!!!

December 28, 2010

leave her alone...

Quote of the day:

"Never miss an opportunity to make others happy, even if you have to leave them alone in order to do it"

kadang-kadang sangat penat untuk menggembirakan orang lain....kadang-kadang sangat penat juga nak 'care' orang lain walaupun diri x di'appreciate'. bukannya perlukan ucapan terima kasih dari mulut, cukup la sekadar perbuatan yg penat lelah kita dihargai.

dulu aku pernah 'care' pd seorang kawan...tp sbb die x suke aku 'care' pd die, die putuskan persahabatan dgn aku..aku x regret hilang kawan mcm die...die mencari kebahagiaan atas air mata org lain...aku cuba nasihati die, tp die kate kalau mahu berkawan dgn die jgn amik tahu pasal die..masalahnya, bukan sekali die mencari kebahagiaan tu. setahu aku dah 2 kali. itu yg aku tahu la, yg aku xtahu wallahualam...

bile aku nasihati die, die kate itu nasib hidup die. tp, bukankah Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya itu berusaha mengubah nasibnya sendiri.

walaupon air mata org lain tu xde kaitan dalam hidup aku, bukan adik beradik aku, dan bukan air mata aku sndiri, tp sbg perempuan aku memang pantang perempuan yg nak merampas kebahagiaan org lain...walaupon niat nk berkongsi kasih sayang...cit!

so, aku leave her alone in her way asalkan itu yg buat die bahagia..aku harap die bahagia dlm cara die...

‎"Nothing gives one person so much advantage over another as to remain always cool and unruffled under all circumstances."- Thomas Jefferson

December 27, 2010

KURANGKAN GULA

lately ni, aku cam nyampah nak tengok TV....
asal iklan je, kuar kempen kurangkan gula, elakkan sakit jantung, demam denggi, ape lagi penyakit...?

yg paling menyampah iklan kurangkan gula....cmne ek, kopi kaw nak kaw kalau kurang gula..?
dari kecik sampai sekarang, aku mmg fail buat kopi kg kaw...kalau abg ipar aku buat 1 mug, mesti aku paw dulu separuh...mmg kaw la kopi yang die buat...^-^


wah...hepinye budak lelaki ni bwk bekal air kosong g sekolah.....? ye ke...?
kalau anak sedara aku bwk bekal air kosong, konpem time blk sekolah still penuh botol 2...esok boleh bwk balik botol yg sama...

ape yang aku membebel ni.....dulu mase duk umah tganu mmg aku kurang minum manis dan makan kuih manis sbb kakak aku ade diabetes..so, satu rumah tu mmg xkesah minum air teh O kurang manis...

bile dh duk mnyewa ni, rase cam pelik lak minum ait tawar...hehehehe...
aku kurang makan kuih manis...suka karipap je...

k,la next time kita mbebel pasal lain lak...
tata...




December 13, 2010

the 'penat' day...

12.12.2010

8.00am - sudah tercongok kt Naza TTDI Sdn Bhd, Sc13...waktu ni dh panjang giler barisan buyer beratur tggu launching yg start pukul 10...mostly yg dh beratur 2 adalah chienese..mesti depa mau berebut corner/ end lot....

9.00am - bos ajak g minum dulu...pekena nescafe dn roti canai

10.00am - start launching....kami masih berehat2 dn bertenang..

10.30am sehingga 7.00pm - buyer start masuk bilik yg dikhaskan utk lawyers dan kami mula kelam-kelibut prepare SNP. Sambil2 tu curi2 keluar ambil some kuih dan air kotak..sambil2 tu jgk g solat dn ke toilet....mase ni la mcm2 perangai buyers yg 1 Malaysia ni...yg paling ketara bila suruh bayar Disbursement sebyk RM 350.00 shj....mcm2 alasan....rumah RM 431,000.00 boleh beli, tp RM350.00 berkira....yang pelik 2, buyer yg beli rumah RM 831,000.00 xade masalah nak bayar....ayya, mcm2 ragam la....

7.00pm - solat dan siap2 mau g mkn..seb baik boss belanje...sejuk ckit hati walaupon penat...

9.00pm - sampai umah - mandi - solat - guling2 - x boleh lelap sbb tlampau penat - berkhayal2 dn xsedar bila tlelap....


13.12.2010

9.15am - sudah sampai Naza TTDI Sdn Bhd - 2nd day launching...

buat keje2 clerical...dan attend mane2 buyer yg x sempat nak sign SNP smlm....

5.00pm - lunch a.k.a minum ptg....(???)

5.30pm - ade buyer

7.00pm - ade buyer

7.30pm - sampai umah - solat - fesbuking - blogging -tdo la (pasni)

Ini la 2hari yg memenatkan....tapi kate org kalau kite suka buat satu2 keje tu, walaupon penat kita akan rase happy jer...hehehehe...my boyfie ckp, mesti aku cpt kaye sbb hari2 OT.....

Sekian dulu utk kali ni....^-^

December 7, 2010

1 Muharram

1 Muharram...wah, cuti lagi...hayya, bosan weh....si dia kt kg...2 org kakak aku pon lepak kt kg sempena cuti sekolah....abg lak, rase segan nk g lepak2 umah die (coz luka kt hati ni berparut lagi...=])

wah...xkan nak lepak kat rumah lagi....?

si opismate baru [balqis ardiansa] ajak ajak tgk wayang...ok, sngt ok drpd mati kutu kt umah sorang2....

so, pepagi lagi dh bangun....sempat tgk Upin Ipin kt tv9, lps tu tgk Maher Zain....
9.30 siap2 mau ke JJ Klang...pkul 10am dh tercongok kt dpn JJ, JJ pun belum bukak lagi....hehehehe 10.30am baru la balqis sampai, terus g beli tiket wayang....tgk Ngangkung..dpt tiket early bird(RM7-leh jimat cost^-^) sementara tggu wyg mula, kiteorg g jenjalan dulu window shopping....
wah, Year End Sale buat mate aku berpinar2 ler....mostly chinese ler y duk belek2 baju...

11.30am masuk wayang
cite cam bosan cket compare to cite Adnan Sempit...
coming movie--> Kongsi<---cam best je coz si Sam kecek kelate kekgi...

habis movie, kiteorg g lunch kat food court dn solat..after solat SHOPPING r pe agi....hehehe..beli buku Rayyan Fantasi, dan brg2 lain...






pukul 4pm baru la bertolak balik...ok, la..terisi jgk cuti ku 1 hari ni...

December 2, 2010

Artikel & Panduan Ringkas Menuju Ke Alam Perkahwinan


Sekarang ini musim orang berkahwin, so ape kata kita share panduan-panduan menuju ke gerbang perkahwinan...^-^


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.


Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda (kalau tak mampu, leh je guna khidmat rakan/saudara)^-^
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.(kalau tak mampu, boleh je guna khidmat rakan/saudara)^-^
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.(sekali sekala mesti mahu facial & treatment)
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.


Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)


Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.


Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

chantekk..


blog dah berubah lagi...
thanks to 'my tenet bff''
(sowie, xtaw nk tag2 lagi...hehehehe)
sngt suke....
chantekk.....

kena selalu update awak la ye wahai blog...
hmmmm.......